Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang. 

Cerita sosial 2 merupakan alim yang baik dengan semua orang termasuklah jiran tetangganya. Hal ini kerana alim dididik dengan baik oleh ibu dan bapa alim. Mereka mengajarkan anak-anaknya supaya sentiasa berkongsi makanan atau barangan yang disukai dengan orang lain.

 

Bapa alim telah membeli pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang disukainya di pasar tani pada pagi ahad yang lalu. Buah-buahan yang dibeli oleh bapa ialah buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan pelbagai lagi. Bapa alim membelinya kerana mengetahui bahawa Alim, abang Imran, Aisyah dan kak Madinah sangat menyukai buah-buahan tempatan.

 

Pada awalnya, ibu berpesan kepada anak-anaknya setelah makan, mereka mestilah membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan oleh ibu. Hal ini kerana ibu ingin memastikan rumah mereka sentiasa kemas dan bersih. Pada ketika itu juga, alim berinteraksi dengan ibunya kerana ingin berkongsi makanan yang disukainya dengan jiran mereka iaitu Sulaiman yang sebaya dengan alim. Ibu juga telah berpesan kepada alim supaya sentiasa berkongsi makanan atau barangan yang disukai dengan orang lain. Ibu juga sangat bangga kerana alim sentiasa ingat akan pesanan ayah dan ibunya untuk berkongsi rezeki dengan orang lain.

 

Disebabkan alim sentiasa ingat untuk berkongsi rezeki dengan orang lain , ibu telah mengasingkan buah-buahan tersebut ke dalam plastik yang berlainan supaya senang untuk alim memberi buah-buahan tersebut kepada Sulaiman.

 

Alim berlari ke rumah Sulaiman untuk memberikan buah-buahan yang diasingkan oleh ibunya. Setibanya alim di rumah Sulaiman,  Alim telah memberikan plastik buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Sebagai balasan, Sulaiman telah mengucapkan terima kasih kepada alim dan melemparkan senyuman semula kepada alim. Dek kerana terlampau gembira atas pemberiannya kepada Sulaiman, maka alim pulang ke pangkuan keluarganya dengan senyuman yang puas. Alim faham jika dia berkongsi rezeki dengan orang lain, maka adik-beradiknya yang lain juga akan berkongsi makanan atau barangan yang disukai dengannya.

 

Setelah selesai makan, mereka sekeluarga membantu ibu dan bapa mengemas rumah supaya kelihatan bersih dan kemas. Alim membantu mereka dengan membawa sampah kulit buah-buahan ke tong sampah luar. Dengan tidak semena-mena, dia terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman. Mak Cik Timah mengucapakan terima kasih kerana telah berkongsi buah kegemarannya dengan Sulaiman.  Sebagai balasan, alim telah membalas ucapan terima kasih Mak Cik Timah sambil berkata bahawa ibunya telah berpesan bahawa berkongsi itu adalah amalan yang baik.  Dia juga berkata bahawa ibunya pernah berpesan bahawa Sulaiman sekeluarga adalah jiran yang sangat baik.

 

Mak Cik Timah hanya membalas dengan wajah yang sedih sambil mengatakan bahawa Alim adalah anak yang sangat baik dengan semua orang. Alim yang melihat wajah sedih mak cik timah bertanya kepada mak cik timah kenapa wajahnya kelihatan sangat sedih. Sebenarnya, mak cik timah tidak bersedih sebaliknya terasa sangat terharu kerana alim sangat baik terhadap Sulaiman sambil mak cik timah memandang Sulaiman yang sedang  membasuh basikal kecilnya.

 

Alim memberitahu kepada mak cik timah bahawa dia amat menyukai sulaiman dan sangat senang berkawan dengan sulaiman sambil melambai ke arah ibu sulaiman dan terus hilang dari pandangan mata mak cik timah. Mak cik timah yang memandang  alim sehingga hilang dari pandangan sambi berdoa di dalam hati agar alim dan keluarga diberikan kesihatan dan kesejahteraan. 


BUKTI KEHADIRAN 


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA    1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEME...