Wednesday, May 19, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-VIDEO SETEMPAT

RUJUKAN:  Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


VIDEO SETEMPAT 


Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya!

Hai semua. Apa khabar? Stay safe everybody.. Duduk rumah tau, jangan merayau musim PKP ni.. 

Ok, hari ini Madihah nak kongsi serba sedikit video setempat yang Madihah ambil pada Hari Raya Pertama. Kebiasaanya, makanan seperti ini akan sentiasa tersedia di atas meja walaupun dah 2 tahun kita sambut raya di rumah. Jom saksikan video yang Madihah ambil ini. Akhir sekali, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. 

Video ini diambil bagi memenuhi tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa.

Nama Pensyarah: Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim.



Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=Gof4L1TlqzQ&t=52s


Saya diberi tugasan untuk menulis mengenai langkah-langkah sebelum, semasa dan selepas merakam video setempat ini. Sebelum itu, saya kepilkan bersama video dan link dari Youtube chanel saya. 


Langkah sebelum merakam video setempat. 

1) Pastikan medium pengambilan video seperti kamera dan telefon mempunyai bateri yang cukup sebelum memulakan pengambaran. 

2) Pastikan kesesuaian lokasi pengambilan video yang dipilih adalah bertepatan bersesuaian dengan tema. Contohnya, Madihah merakam video mengenai juadah hari raya yang telah siap terhidang di atas meja.

3) Pastikan bahan yang ingin dirakamkan telah siap tersedia seperti makanan, peralatan dan sebagainya. 



Langkah semasa merakam video setempat. 

1) Pastikan individu yang merakam video ini mestilah berada setempat dengan kawasan yang ingin dirakam. 

2) Individu yang merakam video tidak boleh bergerak ke kawasan lain kerana ini merupakan video yang diambil secara setempat. 

3) Lanser kamera mestilah berfokus kepada objek yang dirakamkan sahaja.

4) Individu yang merakam boleh menggerakakan tangan atau menunjuk objek menggunakan jari. 

5) Pastikan video yang diambil tidak menampakan muka sang perakam kerana video jenis setempat ini tidak boleh ditunjukkan muka sang perakam. 



Langkah selepas merakam video setempat.

1) Pastikan video yang diambil bersesuaian dengan kehendak sang perakam. Jika kurang berpuas hati, boleh ulang semula langkah hingga berpuas hati.




BUKTI KEHADIRAN PADA 20/5/2021



No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA    1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEME...