Minggu ini kami diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah video iaitu meresensikan buku. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai buku yang dipilih, bolehlah tengok di Youtube saya. (nanti saya sertakan link sekali.. huhuhuhu)
LINK YOUTUBE: https://youtu.be/TDQAbfUe9Pc
Video ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa, dibawah bimbingan Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim.
Kredit Buku:
Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi oleh Normaliza Abd Rahim
Kredit Pensyarah:
Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim
Kredit Lagu:
Upbeat and Happy Background Music by MorningLightMusic
https://youtu.be/W1xwTqgzQ_g
Created by InShot:https://inshotapp.page.link/YTShare
Hari ini, kami diberikan tugasan untuk memuatnaik post mengenai sepi. Tema sepi ini bukan sahaja melambangkan rasa sepi yang membelenggu diri namun, sepi juga boleh menjadi pelbagai bentuk yang tersendiri.
Minggu ini kami diberi tugasan untuk menemu bual seseorang. Disebabkan ayah Madihah pernah bertugas sebagai Kerani Gaji Tentera, saya mengambil keputusan untuk menemu bual ayah saya sendiri iaitu En. Saberi bin Mat Sani. Hal ini kerana, tidak ramai diantara kita tahu akan pengalaman semasa berkhidmnat dengan tentera.
Jadi, nak tahu lebih lanjut, boleh tengok video ini..
LINK YOUTUBE: https://youtu.be/ftDQdKjvidw
Video ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa, dibawah bimbingan Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim.
Kredit:
1) Tetamu Temu bual - En. Saberi bin Mat Sani
2) Pensyarah - Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim
Kredit Lagu:
Happy and Fun Pop Background Music for Videos by MorningLightMusic
https://youtu.be/3ssL8vx7Xhg
Created by InShot:https://inshotapp.page.link/YTShare
Hai semua! Hari ini kami diberi tugasan untuk memuat naik foto yang bertemakan suasana. Sejujurnya, pada pendapat saya, suasana yang melibatkan keluarga adalah suasana yang sangat penting bagi saya. Hal ini kerana keluarga merupakan tulang belakang bagi saya terutamanya ibu bapa.. Jadi, hargailah ibu bapa selagi mereka masih bernafas.. Tertiba sedih pulak.. huhuhu.. maaf ye.. jemput skroll kawan-kawan..
Hari ini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada membincangkan suatu isu yang sangat menarik perhatian saya kerana melibatkan misteri kopi. Saya juga merupakan salah seorang peminat kopi.. Saya sangat suka minum White Coffee yang dijual di Old Town.. Pada pendapat saya, minuman kopi ni berhantu.. Sentiasa nak rasa lagi.. Huhuhu.. Menurut Dr. Alia, kopi hanya boleh diambil tidak lebih dari 4 cawan sehari.. Nasib baik saya ni jarang minum.. Bukan apa, sebab saya ni malas nak pergi beli kopi tu, nanti asyik minum je.. Nak-nak waktu nak exam.. Nanti pening kepala.. Dr. Alia juga ada berkongsi serba sedikit mengenai jenis kopi yang popular di Malaysia dan di luar negara.. Banyaklah hasil perkongsian yang Dr. Alia telah kongsikan.. Nak tahu lebih lanjut? Sila tonton sendiri..
Assalamualaikum dan salam sejahtera. hari ini, kami diberi tugasan untuk memuat naik caption keindahan di dalam instagram. oleh itu, saya kaitkan post saya dengan kenangan masa lalu yang indah sahaja. akhir sekali, jemput tengok ye.
Tugasan minggu ke-11 ini agak menarik. Hal ini kerana, kami diberi tugasan untuk menceritakan apa-apa sahaja kisah disebaliknya namun hanya menetapkan tema alam semula jadi. Oleh itu, saya terfikir untuk menceritakan pandangan saya terhadap khazanah yang unik ini.
Minggu ke-11, kami diberi tugasan untuk memuat naik satu post berkaitan kisah sedih sebenar yang pernah kami lalui. oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menceritakan dengan lebih lanjut mengenai peristiwa sedih yang berjaya mematangkan jiwa saya iaitu peristiwa "Air Barli".
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Beberapa hari lepas, Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan Rancangan Sembang Tamu bersama dengan tetamu jemputan yang lagi arif berkaitan Multimedia ini, tidak lain dan tidak bukan iaitu pensyarah saya sendiri, Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim yang mengupaskan isu yang sangat menarik. Siapa suka tengok drama Korea? Semestinya saya! Jadi nak tahu mengenai Korea, sila tonton rancangan ini.
PERKONGSIAN DI LAMAN SOSIAL
a) TWITTER
b) STORY FACEBOOK
c) INSTAGRAM DBP
d) STORY INSTAGRAM
MAKLUM BALAS SEMASA RANCANGAN
BUKTI KEHADIRAN
* Mohon maaf, saya ada di dalam tu, tapi kamera rosak waktu nak tangkap gambar. Saya sudah mengambil inisiatif untuk membaiki laptop saya. Alhamdulillah, laptop saya sudah ok.