RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. 2019. Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Hai! saya NURMADIHAH ASMA BINTI SABERI (203927) dan saya merupakan pelajar UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.
Thursday, April 15, 2021
Saturday, April 10, 2021
BBM3410-2021-MINGGU 3-BAHAN ASAS GRAFIK
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.
BAHAN ASAS GRAFIK : bahan asas grafik terdiri daripada beberapa medium iaitu bunting atau banner, pamphlet, poster, gambar atau foto, billboard dan video.
1) BUNTING ATAU BANNER
a) BUNTING
Bunting merupakan salah satu bahan asas grafik. Bunting dengan banner merupakan dua benda yang berbeza dari segi cirinya. Bunting berbentuk menegak. Umumnya, bunting lebih murah mengikut harga pasaran kerana bunting dicetak dan dipasang dengan banyak. Terdapat pelbagai saiz bunting yang berada di pasaran. Antaranya ialah bersaiz (2 kali × 5 kaki), (2 kaki × 6 kaki), (3 kaki × 3 kaki). Bunting terdiri daripada dua jenis yang berlainan iaitu X-stand atau T-stand. X-stand atau lebih dikenali dengan spider stand kerana stand yang sesuai untuk bunting berbentuk huruf X. Hal ini kerana, di setiap penjuru bunting diletakkan ring untuk dimasukkan kepada X-stand. Manakala, bahagian atas dan bawah T-stand pula diletakkan batang paip untuk dipasangkan kepada T-stand.
b) BANNER
Berbeza dengan bunting, banner berbentuk melintang. Hal ini kerana, banner lebih besar saiznya dan lebih mahal berbanding bunting. Banner ditempatkan di dua tempat yang berbeza berdasarkan promosi yang dilakukan oleh syarikat atau organisasi. Saiz banner kebiasaanya bersaiz seperti (12 kaki × 4 kaki), (15 kaki × 4 kaki), (10 kaki × 5 kaki), (20 kaki × 4 kaki). Untuk banner yang berkesan, pastikan penggunaan warna adalah bersesuaian. Tidak terlalu taksub dengan penggunaan banyak warna kerana banner atau bunting sukar untuk dibaca. Pastikan perkataan pada banner atau bunting lebih menonjol berbanding latak belakang banner berkenaan.
2) PAMPHLET
Kredit : NIKE, Inc.
Pamphlet biasanya terdiri daripada tajuk, gambar dan maklumat mengenai kasut. Senarai sebegini memudahkan pembaca untuk mengetahui tentang jenis kasut yang dihasilkan oleh Niskala Shoes. Kandungan yang sering tersenarai dalam pamphlet ialah kelebihan, ciri-ciri, warna dan harga. Ini membolehkan pengguna mengetahui dengan lebih jelas akan kasut sukan tersebut. Tambahan pula, pamphlet yang bersaiz kecil dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Pamphlet biasanya dihasilkan dan dicetak pada kedua-dua halaman dan ini dapat membantu menjimatkan kos perbelanjaan pengedar kerana pamphlet boleh dicetak pada kertas berulang kali. Kini, penggunaan pamphlet semakin meluas dalam bidang perniagaan, pelancongan dan sebagainya dengan tujuan promosi.
3) POSTER
Kami menggunakan tema “Niskala Adventure” kerana kasut ini sesuai dugunakan untuk aktiviti lasak. Warna merah dan maroon pada latar belakang poster dipilih untuk menonjolkan produk yang ingin dijual atau dipromosi. Meskipun warna putih dipilih untuk mewakili kasut ini tetapi pengguna tidak perlu risau kerana fabrik yang digunakan mudah dicuci dan dikeringkan. Tagline “ Be Simple, Be Confident” menunjukkan rekaan kasut yang ringkas dan selesa dipakai.
4) GAMBAR/FOTO
Gambar merupakan salah satu bahan asas grafik. Gambar juga digunakan bertujuan untuk menyampaikan sesuatu iklan. Kebiasaannya gambar ini kita boleh lihat ditampalkan pada dinding kedai-kedai tertentu bertujuan untuk mempromosikan jenama sesuatu produk. Pada gambar di atas ialah gambar yang direka untuk mempromosikan sebuah kasut sukan berjenama “Niskala”. Pada gambar tersebut kita dapat lihat reka bentuk kasut yang sangat menarik dan ringkas. Ianya sangat sesuai untuk aktiviti sukan atau aktiviti lasak. Pada gambar tersebut juga, kita dapat melihat ciri-ciri kasut sukan berjenama “Niskala” seperti bouncy soles, breathable dan untangled shoe lace. Dengan adanya ciri-ciri kasut yang dinyatakan ia dapat menarik minat pembeli untuk membeli kasut sukan ini. Latar belakang warna yang digunakan pada gambar tersebut juga sangat ringkas dan elegan. Ianya tidak terlalu padat dengan kombinasi warna yang banyak.
5. BILLBOARD
Billboard merupakan salah satu daripada bahan untuk asas grafik, ianya dikenali juga sebagai papan iklan. Kebiasaannya billboard dipasang dengan menggunakan saiz yang besar untuk mempromosikan sesuatu jenama produk.
Di gambar atas, ruang tengah-tengah billboard telah diletakkan grafik kasut untuk menunjukkan produk yang akan dipromosikan kepada orang ramai. Manakala di ruang bahagian atas billboard telah diletakkan perkataan “Niskala” dan “New Arrival” kedua-dua tulisan tersebut digunakan untuk menunjukkan adanya pengeluaran baru kasut sukan daripada jenama tersebut. Di kanan dan kiri grafik kasut pula terdapat perkataan “be simple” dan “be confident” ianya diletakkan untuk memberi gambaran ciri-ciri kasut tersebut apabila telah dipakai. Seseorang itu akan kelihatan ringkas dan yakin apabila menggayakannya. Di bahagian ruang bawah billboard pula diletakkan tulisan “Trendy and Sporty” ianya menunjukkan produk yang akan dipromosikan itu merupakan keluaran terkini dan pengguna yang menggunakannya akan kelihatan bergaya. Di bahagian ruang kanan bawah billboard telah diletakkan logo jenama produk tersebut ianya untuk memudahkan pengguna mengetahui dan mengenal pasti jenama produk yang mengeluarkannya. Akhir sekali, warna putih dan hitam di dalam billboard tersebut digunakan untuk menggambarkan bahawa produk yang dikeluarkan itu adalah ringkas dan elegan. Ianya akan dapat menarik perhatian pembaca yang melihatnya.
6) VIDEO
Cara pengiklanan melalui video digunakan untuk menonjolkan lagi ciri yang ada pada kasut tersebut seperti keselesaan, warna yang menarik dan rekaan yang bergaya. Pengiklanan melalui video didapati lebih efektif untuk menarik perhatian pengguna dan untuk mempromosikan sesuatu produk.
BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT
Rancangan Sembang Tamu: "Celik" Bahasa Isyarat" bersama Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim
Prof. Normaliza telah berkongsi bersama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dimana Prof. menekankan dan mementingkan pembelajaran serta penggunaan komunikasi menggunakan bahasa isyarat. Tidak semestinya hanya golongan cacat pendengaran dan percakapan sahaja yang perlu mempelajari dan mempraktikkan bahasa isyarat ini, individu lain juga perlu mempelajari bahasa ini. Sehubungan dengan kesedaran masyarakat yang menipis, Prof. sendiri juga telah mempelajari bahasa isyarat melalui saluran Youtube selama dua bulan. Beliau juga telah mempraktikkan komunikasi sebegini di rumahnya sebagai pembelajaran kepada anak-anaknya agar memahami bahasa isyarat ini dengan lebih meluas dan berterusan.
Wednesday, April 7, 2021
BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.
Cerita sosial 2 merupakan alim yang baik dengan semua orang termasuklah jiran tetangganya. Hal ini kerana alim dididik dengan baik oleh ibu dan bapa alim. Mereka mengajarkan anak-anaknya supaya sentiasa berkongsi makanan atau barangan yang disukai dengan orang lain.
Bapa alim telah membeli pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang disukainya di pasar tani pada pagi ahad yang lalu. Buah-buahan yang dibeli oleh bapa ialah buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan pelbagai lagi. Bapa alim membelinya kerana mengetahui bahawa Alim, abang Imran, Aisyah dan kak Madinah sangat menyukai buah-buahan tempatan.
Pada awalnya, ibu berpesan kepada anak-anaknya setelah makan, mereka mestilah membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan oleh ibu. Hal ini kerana ibu ingin memastikan rumah mereka sentiasa kemas dan bersih. Pada ketika itu juga, alim berinteraksi dengan ibunya kerana ingin berkongsi makanan yang disukainya dengan jiran mereka iaitu Sulaiman yang sebaya dengan alim. Ibu juga telah berpesan kepada alim supaya sentiasa berkongsi makanan atau barangan yang disukai dengan orang lain. Ibu juga sangat bangga kerana alim sentiasa ingat akan pesanan ayah dan ibunya untuk berkongsi rezeki dengan orang lain.
Disebabkan alim sentiasa ingat untuk berkongsi rezeki dengan orang lain , ibu telah mengasingkan buah-buahan tersebut ke dalam plastik yang berlainan supaya senang untuk alim memberi buah-buahan tersebut kepada Sulaiman.
Alim berlari ke rumah Sulaiman untuk memberikan buah-buahan yang diasingkan oleh ibunya. Setibanya alim di rumah Sulaiman, Alim telah memberikan plastik buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Sebagai balasan, Sulaiman telah mengucapkan terima kasih kepada alim dan melemparkan senyuman semula kepada alim. Dek kerana terlampau gembira atas pemberiannya kepada Sulaiman, maka alim pulang ke pangkuan keluarganya dengan senyuman yang puas. Alim faham jika dia berkongsi rezeki dengan orang lain, maka adik-beradiknya yang lain juga akan berkongsi makanan atau barangan yang disukai dengannya.
Setelah selesai makan, mereka sekeluarga membantu ibu dan bapa mengemas rumah supaya kelihatan bersih dan kemas. Alim membantu mereka dengan membawa sampah kulit buah-buahan ke tong sampah luar. Dengan tidak semena-mena, dia terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman. Mak Cik Timah mengucapakan terima kasih kerana telah berkongsi buah kegemarannya dengan Sulaiman. Sebagai balasan, alim telah membalas ucapan terima kasih Mak Cik Timah sambil berkata bahawa ibunya telah berpesan bahawa berkongsi itu adalah amalan yang baik. Dia juga berkata bahawa ibunya pernah berpesan bahawa Sulaiman sekeluarga adalah jiran yang sangat baik.
Mak Cik Timah hanya membalas dengan wajah yang sedih sambil mengatakan bahawa Alim adalah anak yang sangat baik dengan semua orang. Alim yang melihat wajah sedih mak cik timah bertanya kepada mak cik timah kenapa wajahnya kelihatan sangat sedih. Sebenarnya, mak cik timah tidak bersedih sebaliknya terasa sangat terharu kerana alim sangat baik terhadap Sulaiman sambil mak cik timah memandang Sulaiman yang sedang membasuh basikal kecilnya.
Alim memberitahu kepada mak cik timah bahawa dia amat menyukai sulaiman dan sangat senang berkawan dengan sulaiman sambil melambai ke arah ibu sulaiman dan terus hilang dari pandangan mata mak cik timah. Mak cik timah yang memandang alim sehingga hilang dari pandangan sambi berdoa di dalam hati agar alim dan keluarga diberikan kesihatan dan kesejahteraan.
BBM3410-2021-MINGGU 3- CLOSE UP
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.
Nota : Close Up merupakan salah satu asas fotografi dimana foto tersebut diambil dengan jarak yang dekat. Tujuan penggunaan asas Close Up adalah untuk memfokuskan gambar wajah seseorang dan menunjukkan wajah seseorang dekat dan teperinci. Selain itu, Close Up yang diaplikasikan dalam video juga diambil dari jarak yang dekat.
1) MANUSIA
BBM3410-2021-MINGGU 3-MUGSHOT
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM. Serdang.
Nota : Mugshot ialah gambar yang diambil secara dekat dan hanya memfokuskan bahagian muka. Tujuan mugshot ialah untuk mengambil gambar bahagian muka secara terperinci dan wajah itu mudah dikenali oleh orang ramai. Kebiasaanya di negera barat, mugshot digunakan untuk mengambil gambar wajah-wajah pesalah yang sedang dihukum.
Model : Nurmadihah Asma binti Saberi (203927)
1) GEMBIRA
SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021
SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEME...
-
SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEME...
-
Elemen: Warna Tema: Pengiklanan Rujukan: https://pin.it/VzZnlBR Huraian: Merujuk imej diatas, penggunaan warna hangat dan sejuk telah menyeb...
-
💗FACEBOOK💗 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Apa khabar semua dan selamat hari raya (masih lagi raya ye, hehe..) Hari ini saya ak...






















































