Apa khabar semua dan selamat hari raya (masih lagi raya ye, hehe..)
Hari ini saya akan kongsi sedikit mengenai tugasan yang diberi oleh pensyarah saya. Tugasan ini pada saya sangat menyeronokkan kerana saya dapat mengetahui tahap IQ saya lagi lagi berkaitan mencipta pantun.
Nak tahu lebih lanjut? Sila skroll laa.. heheh.. gurau je..
RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
ONE SHOT
Video One Shot merupakan rakaman yang diambil tanpa menggerakkan kamera. Video ini tidak memerlukan suntingan khas kecuali diboleh di bahagian awal untuk memperkenalkan produksi manakala di akhir video untuk menyertakan kredit. Video One Shot ini disertai dengan muzik dan mimik muka serta durasi video ini adalah mengikut durasi lagu yang dipilih. Video One Shot terbahagi kepada tiga iaitu One Shot, One Shot Two Layer serta One Shot Three Layer.
1) ONE SHOT
Video ini bersifat selapis kerana tidak mempunyai pergerakkan dari luar dimana hanya berfokus kepada penyanyi sahaja.
LINK YOUTUBE: https://youtu.be/EezFO7bWr7o
2) ONE SHOT TWO LAYER
Video ini dirakam dengan mengambil kira satu lapisan pergerakkan yang lain selain dari penyanyi. Kebiasaanya, video ini mempunyai lakonan atau pergerakkan.
LINK YOUTUBE: https://youtu.be/viwVhAt1oG4
3) ONE SHOT THREE LAYER
Video One Shot Three Layer ini dirakam dengan mengambil kira tiga lapisan. Lapisan pertama ialah penyanyi, lapisan kedua kebiasaannya mempunyai jalan cerita atau hasil lakonan manakala lapisan ketiga ialah pergerakkan luar seperti pokok yang bergorang atau kereta yang melintasi ruang rakaman.
RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
VIDEO SETEMPAT
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya!
Hai semua. Apa khabar? Stay safe everybody.. Duduk rumah tau, jangan merayau musim PKP ni..
Ok, hari ini Madihah nak kongsi serba sedikit video setempat yang Madihah ambil pada Hari Raya Pertama. Kebiasaanya, makanan seperti ini akan sentiasa tersedia di atas meja walaupun dah 2 tahun kita sambut raya di rumah. Jom saksikan video yang Madihah ambil ini. Akhir sekali, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Video ini diambil bagi memenuhi tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa.
Nama Pensyarah: Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim.
Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=Gof4L1TlqzQ&t=52s
Saya diberi tugasan untuk menulis mengenai langkah-langkah sebelum, semasa dan selepas merakam video setempat ini. Sebelum itu, saya kepilkan bersama video dan link dari Youtube chanel saya.
Langkah sebelum merakam video setempat.
1) Pastikan medium pengambilan video seperti kamera dan telefon mempunyai bateri yang cukup sebelum memulakan pengambaran.
2) Pastikan kesesuaian lokasi pengambilan video yang dipilih adalah bertepatan bersesuaian dengan tema. Contohnya, Madihah merakam video mengenai juadah hari raya yang telah siap terhidang di atas meja.
3) Pastikan bahan yang ingin dirakamkan telah siap tersedia seperti makanan, peralatan dan sebagainya.
Langkah semasa merakam video setempat.
1) Pastikan individu yang merakam video ini mestilah berada setempat dengan kawasan yang ingin dirakam.
2) Individu yang merakam video tidak boleh bergerak ke kawasan lain kerana ini merupakan video yang diambil secara setempat.
3) Lanser kamera mestilah berfokus kepada objek yang dirakamkan sahaja.
4) Individu yang merakam boleh menggerakakan tangan atau menunjuk objek menggunakan jari.
5) Pastikan video yang diambil tidak menampakan muka sang perakam kerana video jenis setempat ini tidak boleh ditunjukkan muka sang perakam.
Langkah selepas merakam video setempat.
1) Pastikan video yang diambil bersesuaian dengan kehendak sang perakam. Jika kurang berpuas hati, boleh ulang semula langkah hingga berpuas hati.
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
STRATEGI KOMUNIKASI
1) Terdapat pelbagai strategi komunikasi yang digunakan diantara penutur dan penerima agar komunikasi yang diwujudkan menjadikan komunikasi tersebut berkesan. peta minda dibawah merupakan antara faktor yang menjadikan suatu komunikasi tersebut berkesan secara dua hala.
RAJAH 1: MAKSUD STRATEGI KOMUNIKASI
RAJAH 2: FAKTOR KOMUNIKASI BERKESAN
2) Terdapat pelbagai strategi komunikasi yang wujud dalam pelbagai keadaan. Hal ini kerana setiap strategi yang berada di dalam rajah merupakan pendapat sarjana atau pendapat pengkaji yang mengemukakan mengenai strategi komunikasi. Strategi komunikasi ini pada asasnya adalah untuk mewujudkan hubungan dua hala diantara penutur dan penerima. Justeru itu, dengan adanya strategi komunikasi ini menjadikan sesebuah mesej yang disampaikan berkesan dan mengelakkan sebarang salah faham diantara kedua-dua pihak.
RAJAH 3
RAJAH 4
RAJAH 5
Kesimpulannya, strategi komunikasi ini berkepentingan dalam menyebarkan budaya dalam kalangan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang sama dimana kedua-dua pihak setuju dan faham perkara yang dibincangkan. Namun, menurut Normaliza Abd Rahim (2019), setiap perkara yang ingin dibicarakan perlulah menitikberatkan perasaan penerima kerana nilai yang baik dan budi pekerti yang tinggi perlu wujud diri setiap individu.
Alhamdulillah kita dah pun menyambut bulan Syawal yang penuh bermakna. Setelah sebulan menunaikan ibadah puasa, akhirnya kita dah pun raya yeay!!
Walaupun raya tahun ni tidak semeriah raya raya yang lepas ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan, tapi kami tetap bersyukur dapat beraya dengan keluarga tersayang.
Nilai kemaafan yang dituturkan dari bibir setulus ikhlas terluah dari hati yang paling dalam.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Memenuhi tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa
PENSYARAH: Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim
KREDIT: Ahli Keluarga dari Kumpulan Niskala
KREDIT LAGU:
1) Menjelang Hari Raya by UniversalMYVEVO
2) Takbir Raya by TV3 Malaysia Official
3) Suasana Hari Raya cover by Hendrisaputra Present
Assalamualaikum. Hai semua. Apa khabar? Stay safe everybody.. Duduk rumah tau, jangan merayau musim PKP ni..
Ok, hari ini Madihah nak kongsi serba sedikit video setempat yang Madihah ambil pada Hari Raya Pertama. Kebiasaanya, makanan seperti ini akan sentiasa tersedia di atas meja walaupun dah 2 tahun kita sambut raya di rumah. Jom saksikan video yang Madihah ambil ini. Akhir sekali, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Video ini diambil bagi memenuhi tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa.
Kali ni kami ditugaskan untuk membuat video yeayyy. Tugasan ini telah diberikan oleh Prof. Dr Normaliza secara berkumpulan. Tugasan kali ini adalah tugasan membuat simpulan bahasa bergambar. Satu kumpulan mempunyai 10 orang ahli. Setiap ahli ditugaskan untuk mencari dua simpulan bahasa dan melakonkan simpulan bahasa tersebut dan tangkap gambar untuk dimuatkan dalam sebuah video. Oleh itu, ini lah hasil video simpulan bahasa kumpulan kami. Walaupun banyak dugaan sepanjang menyiapkan tugasan ini kerana sekarang musim Covid dan PKP namun kami berjaya juga. Sila la tengok video kami. Terima kasih.
Video ini dilakukan untuk memenuhi keperluan kursus BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa yang dikendalikan oleh pensyarah Prof. Dr Normaliza Abd Rahim.