Thursday, April 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 

ELEMENT ASAS GRAFIK

Mudah

 

Mudah ialah penglihatan seseorang terhadap gambaran yang mudah difahami sama ada dalam bentuk foto atau video.

Mudah juga diertikan sebagai  mesej terhadap gambaran yang difahami tanpa sebarang kekeliruan.

Contohnya, sekeping  gambar kereta yang berwarna hitam diletakkan di garaj rumah. Seseorang yang melihat foto tersebut, akan memahami akan bahawa foto tersebut ialah sebuah kereta yang berwarna hitam.


Warna

Warna ialah kombinasi warna atau satu warna yang menyerlah dalam sesuatu gambaran.

Asas warna grafik seharusnya tidak melebihi daripada tiga  warna.

Banyak atau sikitnya  bilangan warna hanya boleh ditentukan dalam objektif atau mesej yang ingin disampaikan sahaja.

Contohnya, sekeping  foto sebuah motor yang berwarna merah disertai dengan pokok yang berwarna hijau dan terdapat juga sawah padi yang menguning. Foto ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada motor, pokok dan sawah padi.

 

Teks

 

Teks merujuk kepada jenis dan saiz font.

Kandungan dalam teks juga diambil kira sebagai tujuan pemahaman terhadap grafik.

Warna yang terdapat dalam font juga penting dalam asas grafik.

Contohnya, komputer riba  disertai dengan teks ‘’Nipis dan Ringan’’ mampu memberi persepsi mengenai produk tersebut. Oleh itu, setiap grafik yang dilakukan di bawah teks tersebut seharusnya ditulis menggunakan font yang besar untuk menarik minat pembeli.

 

Kesesuaian

 

Kesesuaian dalam konteks ini ialah grafik yang sesuai dengan latar tempat, latar masa dan latar watak.

Setiap watak atau bahan dalam grafik ini hendaklah bersesuaian diantara satu sama lain.

Contohnya,  foto tiga orang kanak-kanak sedang bermain di halaman rumah yang terletak di sebuah kampung. Kanak-kanak berkaki ayam serta wajah kanak-kanak yang sedang ketawa. Langit yang hampir gelap yang menunjukkan suasana waktu petang. Terdapat tulisan di bawah foto tersebut ‘’ suasana di kampung saya’’.

 

Keseimbangan

 

Keseimbangan ialah ruang yang terdapat dalam foto.

Ruang yang dimaksudkan ialah ruang yang seimbang diantara kiri, kanak, atas dan bawah.

Seimbang juga diterima apabila grafik dilihat dapat disampaikan dengan baik.

Contohnya, dalam sebuah foto terdapat sebuah rumah yang terletak ditengah-tengah diantara pokok-pokok. Gambar tersebut seimbang kerana pokok-pokok berada di sekeliling rumah dan memenugi ruang yang terdapat dalam foto tersebut.


Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.






No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA    1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEME...