Thursday, April 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 


Rajah 1 : Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018)

 

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2018). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT.

 

Pra-andaian merupakan andaian yang dilakukan pada pemulaan sebelum menganggap sesuatu. Pra-andaian ini terbahagi kepada dua kategori yang berlainan iaitu intuisi dan konteks. Kedua-dua ini sangat penting di bawah subtopik pra-andaian. Umunya, menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, intuisi membawa maksud gerak hati seseorang individu bagi memahami atau mengandaikan sebelum sesuatu berlaku. Manakala konteks disini membawa maksud ruang atau situasi. Konteks juga terdiri daripada penerimaan / penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan, penegasan. 

Selain itu, setiap penulisan juga memerlukan emosi bagi menghidupkan sesuatu penulisan atau karya. Karya yang agung semestinya memiliki emosi dan wacana yang tersendiri sama ada emosi tersebut diwujudkan oleh penulis atau dirasai sendiri oleh pembaca. Element emosi ini kebiasaannya hadir sama ada dalam keadaan positif, negatif atau emosi yang bercampur baur dalam penulisan sesebuah warkah karya agung. Oleh itu, emosi dapat dilihat daripada perangai, personaliti, mood dan motivasi dimana setiap wacana mempunyai emosi disebalik sesebuah perkataan atau wacana yang lengkap.

Nilai dan budaya dapat dihuraikan melalui rajah pendekatan analisis wacana menurut Normaliza Abd Rahim. Nilai dan budaya ini amat sebati dengan kehidupan masyarakat terutamanya masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini berkait rapat dengan falsafah pendidikan negara untuk membina dan membentuk keperibadian murid supaya tumbuh menjadi manusia yang melengkapi keperluan negara 2050. Nilai dan budaya yang perlu ada untuk generasi yang menepati wawasan negara ialah jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan, berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan, hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat, keadilan, kebebasan, rasional. 

Bahasa yang diinterpretasikan hadir dalam bentuk bahasa pertama, bahasa kedua atau bahasa ketiga. Selain itu juga, bahasa juga boleh wujud dalam bentuk formal atau tidak formal. Setiap bentuk bahasa ini mempunyai perbezaan di antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, analisis sesuatu wacana perlu dianalisis untuk menentukan bentuk sesuatu bahasa  itu boleh wujud dalam bentuk yang berbeza. Justeru itu, kesalahan bahasa juga boleh dikesan dalam sesuatu wacana supaya dapat membentuk konstituan ayat yang gramatik. Linguistik juga boleh dianalisis supaya huraian dapat dikesan dan wacana dapat dikembangkan dengan sempurna. 

Inferens terbahagi kepada tiga kategori yang berlainan iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik dan penutup kata. Rumusan keseluruhan ialah rumusan yang dilakukan dalam bentuk dimana sesebuah kajian dilakukan dan memerlukan rumusan bagi menentukan element penting yang hadir dalam kajian. Manakala rumusan topik perbincangan pula wujud dalam bentuk forum dimana setiap perbincangan memmerlukan rumusan. Akhir sekali, penutup kata ialah kata-kata yang diucapkan untuk menghabiskan setiap kalam amanat yang telah diujarkan.

 






No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA    1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEME...