💗TWITTER (KESEDARAN)💗
Hai! saya NURMADIHAH ASMA BINTI SABERI (203927) dan saya merupakan pelajar UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.
Friday, June 4, 2021
BBM3410-2021-MINGGU 10-KESEDARAN (TWITTER)
BBM3410-2021-MINGGU 10-PERUBAHAN (INSTAGRAM)
💜PERUBAHAN (INSTAGRAM)💜
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tugasan kali ini agak sukar untuk saya hasilkan. Hal ini kerana banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya. Namun, saya mengambil inisiatif dengan menanyakan soalan ini kepada ibu saya.
Saya: Mak, pensyarah adik bagi kerja. Kami kena post pasal perubahan tapi adik tak tahu nak cerita apa.
Mak: Ceritalah pasal perubahan awak sekarang.
Saya: Maksudnya?
Mak: Maksud? Fikir sendiri.
(saya pun terfikir untuk cerita perubahan yang berlaku pada saya... huhuhu.. saje je nak bagi awak semua baca dialog saya ni..)
BBM3410-2021-MINGGU 10-TEKA-TEKI (FACEBOOK)
💝TEKA-TEKI (FACEBOOK)💝
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Baiklah, tanpa melengahkan masa, tugasan pada minggu ini ialah menghasilkan sebuah teka-teki dan kami dikehendaki untuk membalas di ruang komen sebanyak 5 komen dari rakan-rakan. Jika sebelum ini kemi diberikan tugasan untuk memuat naik post pantun, kali ini kami diminta untuk memuat naik sebuah teka-teki..
Sunday, May 30, 2021
BBM3410-2021-MINGGU 9-BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)
RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Apa khabar? Alhamdulillah saya sihat disini.. Jaga diri semua memandangkan kes Covid-19 semakin meningkat ni.. Amalkan SOP tau.. Baiklah, hari ini saya akan ceritakan mengenai tugasan amali kami yang diberi pada minggu lepas iaitu pada minggu yang ke-9. Kami diberi tugasan oleh pensyarah kami iaitu Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim untuk menghasilkan slides pembentangan yang harus dijadikan video. Maka terhasil lah slides yang saya buat secara individu. Diharapkan video tersebut dapat menambah ilmu pengetahuan am anda terhadap topik strategi komunikasi. Jemputlah tengok, share, dan like video yang saya hasilkan.
NAMA PENSYARAH: Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim
RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Thursday, May 27, 2021
BBM3410-2021-MINGGU 9-KEMANUSIAAN (TWITTER)
💝TWITTER💝
Assalamualaikum dan hai semua!
Apa khabar? Saya disini khabar baik..
Baiklah, hari ini saya diberi tugasan oleh pensyarah saya iaitu untuk menghasilkan satu post mengenai kemanusiaan. Untuk pengetahuan anda, pada mulanya saya buntu untuk menyiapkan tugasan ini kerana tema post tersebut mengenai kemanusiaan. Hal ini kerana tema ini adalah untuk memberi sedikit maklumat kepada semua yang melihat post tersebut. Disebabkan saya terlihat satu video yang lalu di FYP (TikTok) saya, saya mengambil keputusan untuk menyiapkan tugasan dengan memberi maklumat kepada penonton supaya sentiasa bersyukur dengan rezeki kerana tidak semua dapat makanan yang sedap seperti kita. Tidak seperti kita, terdapat golongan yang berebut untuk mendapatkan makanan malah mereka sanggup berlapar hanya untuk memberi makanan mereka kepada anak-anak mereka. Ada juga golongan yang hanya makan tanah liat yang dijemur supaya rasanya ranggup terutamanya kepada golongan yang negaranya sedang bergolak. Justeru itu, saya tegaskan supaya anda semua bersyukur dengan rezeki yang diberikan dan elakkan pembaziran makanan kerana tidak semua beruntung mendapatkan makanan yang enak.
BBM3410-202I-MINGGU 9-KESILAPAN (INSTAGRAM)
💖INSTAGRAM💖
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua..
Sihat ke? Saya di sini baik-baik sahaja..
Baiklah, hari ini saya diberi tugasan untuk membuat satu post mengenai kesilapan. Pada saya, setiap manusia di muka bumi ini pasti melakukan kesilapan, tidak terkecuali diri saya sendiri. Namun, jika kita ambil hikmah diatas kesalahan tersebut, kita pasti faham bertapa kerdilnya kita di muka bumi ini. Oleh it, setiap kesalahan kita, kita mestilah belajar untuk memaafkan diri kita sendiri. Begitu juga dengan kesilapan orang terhadap kita, kita kena belajar untuk memaafkan mereka. Hal ini akan mengajar kita erti berjiwa besar yang sebenar.
Wednesday, May 26, 2021
BBM3410-2021-MINGGU 9-PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)
💗FACEBOOK💗
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Apa khabar semua dan selamat hari raya (masih lagi raya ye, hehe..)
Hari ini saya akan kongsi sedikit mengenai tugasan yang diberi oleh pensyarah saya. Tugasan ini pada saya sangat menyeronokkan kerana saya dapat mengetahui tahap IQ saya lagi lagi berkaitan mencipta pantun.
Nak tahu lebih lanjut? Sila skroll laa.. heheh.. gurau je..
BUKTI KEDATANGAN
SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021
SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEME...
-
SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEME...
-
Elemen: Warna Tema: Pengiklanan Rujukan: https://pin.it/VzZnlBR Huraian: Merujuk imej diatas, penggunaan warna hangat dan sejuk telah menyeb...
-
💗FACEBOOK💗 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Apa khabar semua dan selamat hari raya (masih lagi raya ye, hehe..) Hari ini saya ak...






















































